Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Masalah Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Cara-cara rumput membiak

Rumput membiak umumnya dengan dua cara utama:

Benih

 

Ini ialah cara yang biasa kita kaitkan dengan tumbuhan. Tanam bijibenih, kita akan dapat tumbuhan. Hasilnya akan bergantung kepada sifat ibu dan bapa tumbuhan tersebut dan kadang-kadang berlaku perbezaan diantara sifat anak dan ibubapa.

Benih anda boleh beli di Supermarket atas jenama “Bermudagrass” ataupun “Carpetgrass”.  Apa nama spesisnya? Ia memang menjadi misteri kepada saya.

Anda menanamnya dengan pertama, menyemainya dalam “petak semaian” dulu.  Terus menabur bijibenih rumput yang halus ni ke laman anda akan menggemukkan burung dan cacing (dan tokey supermarket tadi).

Petak semaian ialah apa2 petak atau kotak (contohnya kotak kasut yang besar).  Letak pasir, tanah “top soil” dan sedikiiiit baja organik.  Lebih kurang segenggam utk kawasan seluas 1 kaki persegi sedalam 6 inci jadilah.  Pastikan organik yang tak mengandungi kimia (Nisbah baja N:P:K jangan lebih 5:5:5) Gaul lebih kurang 2 inci kedalaman.  Tabur benih tadi dengan nipis.  Siram dan doa.  Tunggu ia bercambah dalam lebih kurang seminggu-dua. Bela dan belai rumput tadi sehingga ia tumbuh rapat dalam petak semaian.  Dalam masa 2 bulan anda boleh mengambil rumput tadi dan menanamnya secara vegetatif ke laman anda yang masa ni dah mula ditumbuh oleh rumput lain.

Anda boleh mencuba tanam terus ke laman, utamanya jika anda adalah pemilik rumah teres dengan laman sebesar stem pos. Terus terang sebenarnya saya tak pernah berjaya.

Tapi … selamat mencuba.

Vegetatif

Melalui bahagian-bahagian tertentu rumput tersebut. Biasanya stolon atau rhizome. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan ibu/bapa.

Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Rhizom ialah akar yang menjalar di bawah permukaan tanah.

Tiap jenis rumput akan mempunyai sifat “stoloniferous” atau “rhizomatous” yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan.

Pucuk daun atau akar akan keluar dari nod.  Jika stolon atau rhizom ni mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru.

Jika anda tanam dengan cara sprig; iaitu mengambil cebisan dari rumput dan tanah dan menanamnya, ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya.

 

Stolon rumput Bermuda atau carpet

Stolon rumput sedia untuk di tanam.

4 Responses to “Cara-cara rumput membiak”

  1. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk stolon membiak/ menjalar/ menjadi satu koloni yang lebih besar??

    • mynormas said

      Bergantung kepada jenis rumput, kesihatan, kesesuaian tanah, kesuburan tanah (tanah mungkin subur tapi tak sesuai kerana lembab dan sebagainya). Jika semua keadaan bertepatan, rumput jenis Bermuda dan Cowgrass boleh tumbuh dua kali ganda dalam sebulan; Zoysia dan Serangoon mungkin 2 bulan.

  2. zam said

    boleh saya tahu dimana ada jual bijibenih rumput karpet dan anggaran harganya zam 0195058316

    • mynormas said

      Saya ada membeli benih rumput lama dahulu (+-20 tahun dulu di Trengganu). Ia dijual bersama-sama dengan benih bayam, kangkong dan sayuran lain. Masalahnya ialah sebelum boleh menanam di laman, kita kena semai beih di tapak semaian dahulu. Tuan boleh guna kotak kasut atau apa-apa kotak asalkan tidak takung air. Lepas tu bila rumput dah besar baru boleh pindahkan ke laman. Kalau tanam terus ke laman, ia akan menggemukkan burung dan semut. Satu lagi masalah ialah kita tak tahu hasilnya nanti macamana kerana kita tak kenal ‘mak-bapak’ nya melainkan dari gambar kecil kat label bungkusan.

      Tapi kalau tuan nak cuba, carilah kat pasaraya (Giant atau Tesco) atau kedai hardware besar (seperti ACE)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 490 other followers